Monday, April 19, 2010

3 versus 1 in penang


 

PULAU PINANG: angin sepoi-sepoi bahasa yang menghembus lembut diiringi sedikit kasar sekitar perairan di kawasan itu tiba-tiba menjadi hura-hara apabila seekor raksasa yang dikatakan menjelma dari pulau berdekatan cuba untuk memusnahkan jambatan pulau pinang atau penang bridge dalam bahasa omputehnya.. raksasa yang berwarna kuning2 kelabu itu dikatakan hanya slumber berjalan meredah air laut tanpa rasa bersalah mengganggu atau lebih tepat, memusnahkan hidupan akuatik di dasarnya. 

keslumberan raksasa itu yang kian menghampiri jambatan penang itu bagaimanapun telah dihalang oleh ultraman yang hingga kini maseh dikhuatiri dari mana datangnya yang secara tiba-tiba itu. menurut saksi yang merupakan pemandu sebuah lori ayam berkata pertarungan diantara raksasa dan ultraman itu sangat sengit seperti perlawanan bola sepak antara kedah dan negeri sembilan, tambah beliau. beliau yang kebetulan sedang melalui jambatan itu berasa terkejut apabila melihat 2 "orang" ultraman lagi sedang mengawal lalulintas. dikesempatan yang ada, pemandu lori ayam itu sempat merakamkan gambar diatas menggunakan handphone nokia E63 milik rakan sekerjanya. setelah lebih 1/2 jam berhempas pulas melawan raksasa, lampu didada ultraman menjadi merah dan berkelip-kelip menandakan tenaganya kian habis... walaubagaimanapun, setelah beberapa kali tersungkur dia dlm air, ultraman berjaya menewaskan raksasa berkenaan dengan hanya sekali kuasa powernya. 

saksi kedua yang sempat ditemubual sempat mengkritik kenapa bukan dari awal-awal lagi ultraman menggunakan kuasa specialtynya?? beliau yang berada dilingkungan sekolah rendah sempat berperibahasa " sudah terhantuk baru terngadah" maseh mampu meniru gaya karam sing walia. walaubagaimanapun, sejajar dengan kejayaan ultraman itu, seluruh warga penang yang menyaksikan kejayaan ultraman itu dari tepi laut, mengucap kesyukuran di dalam hati. dan mereka sedikit terkilan apabila tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada ultraman kerana sejurus selepas kajayaannya, ultraman terus terbang pntas ke awan. ramai yang beranggapan ultraman itu pergi mengecas baterinya. -reuters


p/s: kalau cikgu bm aku baca, menangis x belagu la dia. kompom!