Seawal jam 5 pagi aku terjaga secara mengejut. Hp dibawah bantal berbunyi. Menandakan mesej masuk.
‘Pkol 5? Msg? aishhh! Sape la nk mengorat aku pagi2 nih. Tunggu siang xboleh kot?’.Aku bermonolog sendiri.
Tanganku meraba sesuatu dibawah bantal. Hp cikai ku segera dicapai. Msg dibuka.
‘naemah rupanya.’ Aku konon2nya bermonolog lagi.
Kata naemah, dia dan reen tidak berkeinginan untuk pergi ke kelas awal pg nnti. Semuanya adalah gara2 semifinal world cup. Aku agak frust bila naemah mengkhabarkan bahawa spain menang. Kerana itu menandakan germany kalah. walaubagaimanapun, aku tidak hiraukan semua itu. Duniawi semata-mata. Aku cuba pejamkan mata. Kantukku hilang. Mungkin disebabkan oleh semangat yang berkobar2 utk pergi ke kelas strategic management. Walaupun kantukku hilang, aku masih mampu untuk lena-lena ayam. Alhamdulillah!
Tepat jam 7 pagi alarm hp cikaiku berbunyi. Mengganggu konsentrasi lena-lena ayamku. Aku masih bermalas-malasan di atas tilam empukku. Alarm diset kembali. 7.15am. takut juga aku kalau2 aku ter’over bermalas-malasan. Solat subuh pun belum ditunaikan. Tepat jam 7.15am, aku bangun jua akhirnya. Kaki melangkah perlahan menuju ke bilik air setelah tuala pink milikku dicapai. Namun kakiku seolah2 tidak tahu dimanakah bilik air bilamana aku terus menuju ke sliding door rumahku. Tirai ditarik. Aku terkejut! Sangat terkejut. Pelik pun ada jugak. Untuk memastikan mata rabunku tidak tersilap, sliding door di tarik perlahan. Ya. Betul! Tidak syak lagi. Arau berkabus! Kabus yang agak tebal. Subhanallah. Aku terfikir2 sendiri. Samaada selama ini aku xpenah bangun pagi dan melihat keindahan di pagi hari…. Atau mungkinkah baru hari ini ada kabus di bumi arau yg terkenal dengan kepanasan globalnya ini. Persoalan itu masih juga tidak berjawab setelah 3 hingga 4 minit aku menyegarkan diri di bilik air sambil memikirkan kemungkinan kepada persoalan kabus itu. Setelah 6-7 cebok air mengena seluruh tubuh kedingku yang seksi, aku berhenti. Tidak mampu untuk berlama-lama dibilik air lantaran kesejukan yg melampau. Persoalan mengenai kabus terus hilang sehilangnya titis-titis air dari rambutku.
Aku menunaikan solat. Kata mak, subuh gajah. Namun aku merasakan itu adalah subuh dinosaur. Astaghfirullahalazim…. Bila aku hendak berubah agaknya. Seusai menadah tangan memohon kepadaNya rahmat untukku, keluarga, dan arwah abah, aku menyiapkan diri. Setelah bedak compact Maybelline disapu diseluruh wajahku yang konon2nya mulus lagi tulus, Eyeliner hitam dioles pula di birai mata. Menyerlahkan keseksian mata. Itu adalah assetku. Blusher yang sedikit orange disapu perlahan di pipi kiri dan kananku dan sedikit lipgloss dioles di bibirku. Ahh, ala kadar sahaja. Xperlu over. Baju disarungkan ke badan, dan akhir sekali shawl hitam dikenakan. Match dengan baju kurung merah-hitamku. Setelah puas dengan penampilanku, kunci rumah, kunci moto, bersama-sama handbang dicapai. Grill segera dibuka. Niatku untuk memakai wedges terhenti. Semuanya adalah gara-gara aku seorang rempiter. Susah menghidupkan enjin moto dengan sepasang wedges dikaki. oleh itu, Sandal nose yang kian lusuh menjadi sasaran kakiku. Enjin moto dipanaskan…. Gear 1 ditekan. dan sejurus selepas itu, rumah bernombor 3 aku tinggalkan.
[ Ape nih aziah?? ]
Ouh.. ni?? Hmmmm… novelis wannabe yg terlampau………………… poyo?!!